Dresanala II: Baladewa-x



Download 0,96 Mb.
bet2/24
Sana22.06.2017
Hajmi0,96 Mb.
#12194
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   24
Tetapi tiga purnama lagi Wira akan berkahwin. Wira akan tetap duduk di jajahan Muar dan mungkin satu hari nanti dia akan menjadi penghulu di sini, menggantikan bapanya. Dia tidak mungkin dapat mengecap kehidupan seperti mana yang dapat dilalui Demang. Bagi Demang, Wira amat bertuah.

Tetapi Wira nampaknya mahu menjadi pendekar terbilang seperti Demang. Mungkin dia akan dapat melakukannya juga, kalau si buah hatinya merelakan kepergiannya untuk berjuang demi Sultan.

Kata Demang, Wira sangat bertuah. Hidupnya senang. Dia anak penghulu. Masa depannya bagai sudah terjamin, tidak perlu membanting tulang, tidak perlu bermandikan keringat setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi…

Demang mengusap-usap rambut Wira. Dia mengajak Wira tidur menemaninya. Wira tidak keberatan. “Apa salahnya, mungkin banyak lagi cerita yang mahu diluahkannya,” fikir Wira sendirian. Di terus mendekatkan tubuhnya kepada tubuh Demang yang sudah tidak berbaju itu. Dia merasakan kehangatan tubuh muda Demang. Wira merasakan seperti dia dilindungi pada malam itu, selama ini dia tidak pernah mempunyai hubungi dengan seorang yang berpangkat abang seperti Demang.

Demang bagaikan ketandusan cerita dan bicara, cuma menjenakkan matanya ke lelangit di atas katil. Api pelita yang terliuk lemah akhirnya padam ditiup angin malam. Pada masa yang sama, Wira dapat rasakan tangan Demang yang padat dengan ketulan otot itu menyelinap dadanya—Demang cuba memeluk Wira. Pelukannya semakin erat, bagaikan tidak ingin melepaskannya. Nafasnya berombak kencang, dihempaskan hembusan nafasnya ke pipi Wira. Wira menyambut hembusan nafas jantan si Demang dan tidak berkata apa. Dalam keanehan diperlakukan sedemikian, Wira dapat merasakan keistimewaan. Perasaan aneh itu terus menyelubungi diri Wira. Dia tidak membalas. Takut kalau-kalau dia tersalah langkah, tapi di dalam hatinya dia ingin merangkul tubuh Demang yang agam itu. Dia rela diperlakukan sedemikian dan dia pun mula terasa bahawa dirinya mahu menjadi sebahagian dari diri Demang.

Demang yang kini mengiring di sisi kirinya, semakin rapat kepada Wira. Wira memberanikan dirinya untuk memenuhi tuntutan darah mudanya—dia berpaling perlahan menatap muka Demang. Hela nafasnya semakin kencang.

Demang tidak melakukan apa-apa, matanya terpejam rapat, dahinya berkerut sedikit. Antara menahan nikmat, dan mencatur fikiran yang berlegar di dalam benaknya. Ulas-ulas bibir Demang nampak mekar, ingin sahaja dikucup oleh Wira sebagai tanda kasihnya. Wira sendiri tidak tahu mengapa dia berasa demikian, mungkin untuk pertama kalinya dia merasa terlalu selamat dipagari kehadiran Demang. Mungkin jua, Wira mahu menjadi milik Demang buat selama-lamanya.

Bagaikan dapat merasa apa yang sedang diperangi oleh Wira di dalam benaknya sendiri, pada malam itu, Demang telah memberanikan dirinya untuk mengucup bibir Wira. Mulanya Wira tersentak. Dadanya terhenti berombak. Dia tidak dapat menolak enak dan merasa betapa hangatnya kecupan itu, lantas Wira membalas kecupan Demang tanpa silu. Jauh di sudut fikirannya, Wira terbayang wajah Siti Khatijah yang bakal dia kecupi mesra seperti ini. “Beginikah nikmatnya nanti?” dia mula tertanya-tanya kepada dirinya jika kecupan dari Siti Khadijah akan dirasakan senikmat ini… Dalam pada itu, mereka semakin hanyut dalam lautan nikmat yang selama ini begitu asing buat Wira.

Wira tidak mungkin dapat menjawab segala persoalan yang berlegar dalam fikirannya buat masa ini—pada saat ini, hati dan jiwa raganya hanya buat Demang. Alangkah gembiranya dia kalau Demang memahami akan hal ini. Mungkin terlalu awal dia ingin berasa demikian.

Demang memperlakukan Wira dengan tenang. Dia tidak mahu Wira berasa janggal dengan setiap geraknya. Setiap langkahnya di atas ranjang lagaknya seperti langkah ketika dia berpencak silat. Halus serta lembut tetapi bertepatan. Seluruh tubuh Wira yang sebelum ini tidak pernah disentuh, kini telah dimamahnya. Dia merakusi bibir Wira dengan lembut, sehingga Wira lemas kehabisan nafas. Tidak pernah dirasakannya diri Wira. Wira pula sudah lama hanyut, ditenggelami kehebatan Demang berasmara. Nikmatnya tidak terkata. Sukar untuk dijelaskan oleh Wira sendiri.

Selama Demang berada di atas tubuhnya, dia langsung kaku. Dia langsung tak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia membiarkan sahaja. Tetapi perlahan-lahan, Wira mula memberanikan dirinya untuk memegang tubuh Demang yang keras itu. Demang menjalin tangannya dan bersatu dengan tangan muda Wira serta terus mengemudi sentuhan Wira terhadap sudut-sudut di badan tegapnya. Wira hanya menuruti setiap gerakan Demang. Setiap liku-liku yang ada telah diterokainya dengan tangannya. Bulu romanya tegak bersama alur badan si Demang. Mahu Wira rasakan sendiri tubuh seorang pahlawan Melayu yang perkasa. Mahu dia rasakan setiap ototnya yang ada. Tubuh yang menjadi idaman buat siapa sahaja.

Dalam pada Wira dibuai rasa kenikmatan yang teramat, Demang telah bersuara perlahan. Dia menanyai Wira jika dia puas dengan apa yang telah dilakukannya terhadap dirinya. Dengan ikhlas Wira mengatakan bahawa dia puas, malah dia tidak pernah berasa puncak kenikmatan yang berpanjangan seperti apa yang diperlakukan oleh Demang kepadanya. Demang kemudian menyatakan bahawa dia menyayangi diri Wira. Bahawa sudah lama dia memerhatikan Wira dari jauh, dan ingin memiliki sekujur tubuh yang kekar itu dan sekali gus hati naluri Wira.

Wira rasa bahagia dengan pengakuan Demang itu. Dadanya semakin berombak kencang. Peluh jantannya mula berputik di dadanya yang padat itu. Wira kini mendakapnya dengan erat.

Wira yang hampir ketandusan kata-kata terus mengharapkan Demang akan mengusapinya dengan lebih lama. Pada saat itulah Demang memainkan peranannya dan tidak mampu berhenti walau sesaat. Mereka terus belayar lebih jauh, terlalu jauh sehingga tidak mampu menidakkan kemuncak nikmat yang sama-sama mereka kecapi pada malam itu.


Pada malam itu, Demang nampak puas. Dia telah membelai Wira dengan rasa penuh kasih sayang dan mengusap-usap rambut Wira setelah mereka berdua melabuhkan bahtera dayungan mereka. Wira terlentang, sementara Demang menongkat kepalanya memerhati kelopak mata anak muda itu. Dia memandang jauh. Dia tahu, Wira tidak pernah mencapai puncak nikmat sedemikian rupa. Tubuh mereka penuh dengan peluh jantan. Angin malam mereda kehangatan tubuh mereka.

Demang memberitahu Wira berulang kali pada malam itu bahawa dia sudah mula menyayanginya. Wira rasa bahagia. Wira kemudian telah memberitahunya bahawa dia berhasrat untuk pergi bertempur dengannya—dia mahu berada di sisinya pada setiap masa.

Demang mengeluh. Wira tidak mengerti kenapa dia mengeluh.
Tiba-tiba pada saat itu, ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Wira dapati suasana kamar tiba-tiba menjadi terang. Cahaya menyimbah kamar itu datang dari arah tingkap yang terbuka luas. Wira bergegas ke arah tingkap. Dia dapati suasana di luar berubah menjadi suasana di tengah hari, dan bukannya dinihari seperti tadi.

Wira terus menoleh ke arah Demang meminta penjelasan. Tetapi dia dapati keadaan Demang juga sudah jauh berubah. Rambutnya kini pendek, bukan lagi rambut pendekar tadi. Dia tidak lagi bermisai tebal. Itu sahaja perubahan besar pada si Demang, yang lain semuanya serupa seperti sebelumnya.

Demang merungut-rungut kecil lalu terus bergegas mengambil pakaiannya di dalam almari. Pakaian yang diambilnya juga berlainan benar dari apa yang telah aku masukkan tadi.

“Apa yang telah terjadi bang?” Tanya Wira dengan penuh keliru. Di dalam hatinya, dia merasakan mungkin inilah detiknya dunia akan kiamat. Mungkin dunia mahu kiamat setelah apa yang telah dia perlakukan bersama dengan Demang tadi. Dia mula merasa takut. Saat itu juga aku mahu bertaubat!

Holosex9 nih buat hal lagik.” Kata Demang dengan terburu-buru. Wira tidak memahami apa yang dikatakannya. Dia semakin bingung. “Lagipun tempoh untuk aku gunakan holosex ini dah tamat!”

“Abang hendak ke mana?” Tanya Wira dengan suara terketar-ketar.

“Balik!” tegasnya tanpa menghiraukan Wira. Dia memandang ke arah Wira dengan wajah yang bersalah. “Nama aku Khairul, bukan Demang.”
Itulah kata-kata terakhirnya kepada Wira. Wira terus digigit keliru.
***
“Program berhenti. Pintu… Buka sekarang!” Perintah Khairul ke arah dinding. Lalu dengan serta-merta, sebuah pintu yang entah dari mana datangnya telah terbuka dari dinding kayu. Dia terus keluar dari bilik holosex itu.

Khairul sekali lagi menoleh ke belakang. Dia melihat anak muda yang kelihatan agak keliru di dalam bilik holosex. Dia tidak dapat melakukan apa-apa. Dia tahu, sebaik sahaja pintu holosex tertutup, dunia anak muda itu akan terus lenyap. Anak muda itu juga akan lenyap bersama dunia yang telah diprogramnya tadi.

Khairul berjalan keluar dari pusat holosex yang terletak di dalam sebuah bangunan tua di Kali’s Casbah10. Dia meninggalkan bangunan itu lalu berjalan di sebuah lorong sempit di sana. Dia terpaksa berjalan di celah-celah entah beberapa ratus manusia yang mengerumuni lorong bazar di Kali’s Casbah itu. Seorang lelaki tua berjubah hitam sedang menjerit-jerit dan memberitahu mereka yang sedang berhimpit-himpit bahawa tanda-tanda kiamat sudah jelas nyata di hadapan mereka.

“Taubat! Bertaubatlah kamu semua sebelum terlambat!” Katanya. Tetapi tidak ada sesiapapun yang ambil endah. Semuanya meneruskan niat masing-masing.

Khairul menarik nafas panjang. Dia berpaling ke arah jam yang lekat di tangannya. Jika dia berlengah, dia pasti akan terlambat. Dia perlu pulang secepat mungkin ke asramanya di Maktab Marin Angkasa lepas11 di pinggir kota Metro-M.

***
Setibanya Khairul ke asrama, dia mengeluh panjang. Dia hampir-hampir terlambat untuk pulang ke asrama. Jika dia lambat selang lima minit lagi, sudah tentu dia akan dijatuhi hukuman yang berat. Sesuatu yang sudah lama diketahuinya.

Khairul terus membersihkan diri sebelum dia masuk ke dalam bereknya. Dia terbaring terus di atas katil. Lalu dicapainya blog kepunyaan datuknya. Matanya kini menyantap apa yang terpampang di depannya.

Kini entah sudah berapa ratus kali dia membaca blog datuknya itu. Tetapi dia tidak pernah bosan dari membacanya. Baginya, blog tersebut adalah satu-satunya peninggalan datuknya yang dirasakannya terlalu berharga buat dirinya. Dalam pada itu, dia mencari jawapan kepada setiap persoalan, yang timbul bila dia membaca blog itu.

Dia menoleh ke arah kadet-kadet yang lain. Ada yang sudah masuk tidur. Ada yang masih mengelamun.

Khairul membelek skrin nipis di hadapannya. Dia mengucapkan sesuatu pada skrin tersebut lalu kini terpapar gambar dia di dalam pelukan datuk dan neneknya ketika dia kecil dahulu. Dia tersenyum sendiri sebelum dia melipat skrin tersebut lalu menyimpan skrin senipis kertas itu di bawah bantalnya.

Khairul terus termenung. Dia memikirkan tentang datuk dan neneknya. Dia memikirkan tentang dirinya yang dirasainya tidak sabar lagi untuk keluar dari Krisna II. Kemudian dia memikirkan tentang Wira. Tentang keadaan Wira yang tidak sabar-sabar untuk keluar dari kampungnya sendiri. Dia mula mendapati bahawa dirinya tidak ubah seperti Wira. Mereka serupa di dalam banyak hal. Kepalanya mula berkecamuk dengan fikiran yang pelbagai dan kusut.

Mungkin kerana itulah juga, dia amat tertarik kepada Wira sehingga dia mencipta sendiri wataknya di dalam bentuk Holo-S.

Ketika dia kecil dahulu, datuk dan neneknya sering menceritakan kepadanya tentang keindahan Bumi. Keadaannya lain dengan keadaan di Krisna II yang padat dengan penduduk pada bahagian kota-kota besarnya dan tandus serta bergurun pada bahagian-bahagian yang tidak berpenghuni.

Khairul tidak pernah menjelajah keluar dari planet Krisna II. Malah, dia tidak pernah keluar dari kota Metro-M sebelum dia menjadi Kadet Marin Angkasa lepas. Kini peluangnya untuk menjelajah ke seluruh pelosok galaksi tercapai setelah dia diterima masuk untuk menganggotai Pasukan Marin Angkasa lepas12.

Dia juga boleh berbangga kerana kini dia telah disalurkan kepada Unit Penerokaan13. Unit ini adalah unit yang paling elit di dalam Pasukan Marin Angkasa lepas.

Kini Khairul berpaling ke tepi katilnya. Takwim tahun 2242 ada ditampalnya di sana. Di mencongak lalu merasa seronok kerana dalam masa kurang dari dua bulan sahaja lagi dia akan keluar dari Krisna II dan memulakan tugasnya sebagai anggota Unit Penerokaan Pasukan Marin Angkasa lepas…


Khairul tidak mahu menjadi seperti ibu dan bapanya. Mereka berdua pernah bertugas sebagai jurutera penyelidik Konsortium Perbankan Bumi14. Di dalam fikiran Khairul, mereka berdua tidak mempunyai cita-cita tinggi untuk memperbaiki kedudukan diri mereka. Sepanjang hayat mereka sehingga ke hari-hari terakhir mereka, ibu bapanya itu hanya menumpukan perhatian mereka kepada dunia penyelidikan enjin kapal angkasa tanpa menghiraukan tentang hal-hal lain. Termasuk hal Khairul sendiri; satu-satunya anak yang mereka ada. Tidak dipedulikan.

Khairul sedar bahawa keadaan ibu dan bapanya itu tidak ubah seperti beratus-ratus juta penduduk Krisna II yang lain—yang terpaksa bekerja keras untuk terus hidup di Krisna II.

Sejak kecil lagi Khairul mempunyai cita-cita tinggi untuk meneroka angkasa lepas. Khairul tidak mahu terus terikat kepada Krisna II. Dia tidak mahu terbungkam di situ. Dia tidak pernah membenci Krisna II, tetapi dia mahu melihat dunia-dunia lain selain dari Krisna II. Sifatnya lain dari bapanya Hadi yang telah menganggap cerita-cerita dari blog dongeng adalah cerita-cerita dongeng semata-mata.
Khairul pasti apa yang pernah dialami oleh datuknya dahulu adalah benar. Dan dia yakin bahawa sememangnya ada tamadun lain selain dari tamadun manusia Bumi di dalam alam semesta ini…
Bab 3
“Sebuah persembahan wayang kulit yang baik memerlukan seorang Tok Dalang yang bijak membuka lipatan cerita. Tanpanya, wayang kulit tidak ubah seperti sebuah sandiwara yang hambar.”

-- “Latihan Seorang Pangeran Dresanala.” Oleh Bambang Pudjasworo.


---
Abang tahu abang tak perlu guna Holosex lagi?”, Savitri cuba memancing pendapat Khairul. Pandangan Savitri menuju ke tepi tingkap. Skybus yang penuh sesak dengan penumpang yang sedang mereka naiki, kini turun ke aras yang lebih rendah. Jika tadi apa yang dapat dilihatnya adalah tiga atau empat buah bangunan tinggi yang mencecah dada awan, kini setelah skybus menurun ke aras yang lebih rendah, dan dia mula dapat menyaksikan pemandangan kota. Kota Metro-M yang hingar-bingar itu jelas padat dengan bangunan-bangunan pencakar langit.

Skybus yang mereka naiki kini menghampiri Kali’s Casbah. Ia semakin dekat dengan Bangunan Majlis Perbandaran Metro-M15 yang begitu besar sehingga menjilat kepul-kepul awan itu—yang pada satu ketika dahulu terkenal dengan senibinanya yang sangat indah.

“Kau mahu aku guna apa lagi kalau bukan Holosex?” tanya Khairul menjeling kepada Savitri. Dia segera menyambung perbualan yang terhenti tadi. Mata Savitri liar memerhati orang yang mundar mandir.

“Abang boleh gunakan alat ini.” Ujar Savitri. Dia mengeluarkan sebuah alat yang berbentuk organik dari dalam beg lusuhnya.

“Itu alat mainan budak kecil… Mainan adik kau, Deepa!” Khairul tersenyum sambil menggeleng. Dia langsung tidak ambil peduli. Savitri tidak berputus asa. Dia menyambung:

Penjana Mimpi16 ini bukanlah lagi barang mainan jika abang ambil ini!” Savitri menunjukkan dua biji pil kecil berwarna biru dari sebuah kotak pil lut sinar. Khairul masih tidak berapa peduli tentang itu, sebelum dia menyambung.

“Apa kau sudah gila?” Sungutan marah mula kedengaran. Khairul meletakkan semula kotak kecil tersebut ke dalam beg Savitri.

Savitri tidak sempat berkata-kata. Dia membiarkan sahaja sambil mendengar khutbah si Khairul; “Kau ambil dadah S-Moon17 ini lagi?” soalan itu terus tersembur dari Khairul. Dia inginkan penjelasan.

“Alah bang, abang sendiri dulu selalu ambil!” pandai Savitri berhujah, membalas kata-kata Khairul. Khairul sudah faham benar perangai Savitri. Dia tidak mahu kalah ketika berhujah.

“Itu dulu… Dulu aku gila macam kau! Masakan kau dah lupa pula?” ujar Khairul yang mengakui bahawa dia adalah seorang anak remaja yang nakal satu ketika dahulu. Banyak perkara telah dicubanya, semuanya kerana memenuhi tuntutan darah remajanya.

“Saya rasa sekarang abang lebih gila dari dahulu! Tengok ajelah dengan keadaan abang sekarang. Pembawaan diri abang juga dah banyak lari berbanding dahulu.” Ujar Savitri dengan penuh sinis. Khairul buat-buat tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Savitri. Khairul merasa jengkel, lantas membiarkan suasana mati dalam genggaman sepi.


Skybus yang mereka naiki kini sedang berlabuh. Penumpang-penumpang yang tadinya berpusu-pusu, nampaknya tidak sabar untuk keluar dari perut skybus.

“Program apa yang kau gunakan?” jeling Khairul ingin tahu. Dia belum dapat memadam perasan ingin tahunya.

“Semalam saya cuba program tentang dua kekasih lelaki dari—“

“Dari mana?” pintas Khairul mencantas kata-kata Savitri. Bingkas dia bangun dari tempat duduknya.

“Dari tempat asal nenek moyang abang di Bumi dahulu.” Savitri terus berjawab dengan Khairul.

“Tanah Melayu?” ujar Khairul, ingin memastikan. Walaupun nama tempat yang disebutkan olehnya hanya tinggal nama sahaja kepadanya sekarang, tapi lidahnya lancar mengatakan nama tempat itu. “Ataupun Malaya?”

“Awal abad ke-21… Jadi tempat tersebut dikenali dengan nama lamanya… Malaysia.” Jawab Savitri yang baru berusia lapanbelas tahun itu. Gadis itu ternyata lincah mengatur kata-kata.

“Program Penjana Mimpi untuk pengguna homoseksual?” tanya Khairul. Sudah terang lagi bersuluh. Dia menggelengkan kepalanya. Dia sudah boleh agak bahawa Savitri memang suka kepada perkara yang pelik-pelik untuk dicubanya. “Tentu kau telah membeli perisian khas untuk golongan homoseksual dan bukan heteroseksual…”

“Kenapa? Tak boleh?” ekor mata Savitri melirik, terus dilemparkan pandangannya jauh. Khairul tersentak dan terus mendiamkan diri.

“Boleh… Tapi sepatutnya aku yang lebih berminat dengan program seperti itu.”

“Saya tahu abang suka dengan program seperti ini. Sebab itulah saya beli perisiannya kelmarin. Saya mahu abang mencubanya supaya nanti kita boleh bertukar-tukar program—.”

“Ish, sudahlah. Mengarut sahaja kau ni. Cukup rasanya aku ketagih menggunakan Holosex. Itupun semua kerana gara-gara kau. Kau yang memperkenalkan aku kepada benda-benda ini. Habis duit aku sebab benda ni semua!” jelas Khairul panjang lebar. Dia mahu sahaja mematikan perbualan atau perbahasan ini. Dia tidak mahu berlayar jauh mengimbau kisah lama, apatah lagi dengan Savitri. Dia tidak mahu mengupas kisah silam, baginya biar sahaja sejarah itu terkubur di dalam jasadnya.

“Ye lah, saya tahu! Tapi Penjana Mimpi ini lagi seronok!” Savitri memang tidak akan mahu mengalah. Dia terus menobatkan ide Penjana Mimpinya itu. Matanya bersinar dengan penuh ghairah.

“Dah lah… Aku tak mahu dengar itu semua!” suara Khairul dinaikkan sedikit. Khairul berjalan dengan lebih cepat seolah-olah dia mahu meninggalkan Savitri. Savitri seakan faham, terus membatukan diri. “Kenapa kau ambil program homoseksual?” tanya Khairul kemudian. Dalam pada keangkuhannya, dia ingin tahu juga tentang apa yang bersarang di fikiran Savitri. Dia memandang kepada keadaan sekelilingnya. Kawasan di Kali’s Transit Interchange agak sesak. “Macamlah tak ada program lain yang kau boleh cuba. Kalau ye pun kau nak belikan aku progam tu, janganlah program sedemikian!”

“Saya cuba program tu kerana saya mahu mengenali dengan lebih dekat abang angkat saya sendiri.” Ujar Savitri dengan nada nakal. Savitri tidak berapa senang dengan Khairul yang cuba menghindari persoalan tentang dirinya sebenar. Malahan, Savitri sudah tahu lebih dari separuh perwatakan atau peribadi Khairul. Sementara itu, sebuah Droid Polis18 terbang terapung-apung sebentar di atas kawasan mereka sebelum ia berdesup pergi—hilang dari pandangan. Mata Khairul pantas mengekori pergerakan Droid Polis itu, kerana satu ketika dahulu, dia pernah menganggap Droid Polis ini sebagai musuh

“Apa pula? Dah lebih sepuluh tahun kita saling mengenali!” Khairul menyambung bicaranya dengan kalimah-kalimah yang keras dengan kedegilan.

“Tapi hanya dua tahun lepas saya mengenali yang abang lebih cenderung kepada—“

“Kepada kaum sejenis abang? Kaum lelaki?” Khairul menyambung kata-kata Savitri. Dia seakan berang, tapi suaranya rendah. Dia masih mengawal rasa hatinya, walau sesekali dia ingin melepaskan apa yang terbuku dia benak dan hatinya. Khairul seorang yang bijak. Bukan calang-calang orang, dia mampu mengawal keadaan dengan baik. Diapun faham yang Savitri terlalu mentah buatnya.

“Ya… Saya masih tidak boleh terima hakikat bahawa abang angkat saya yang kacak dan segak seperti ini lebih berminat dengan kaumnya sendiri. Bukan tak ada wanita yang tergila-gilakan abang?” ucap Savitri separuh berseloroh. Separuh lagi penuh dengan rasa terkilan. Tapi disorokkannya. Dia tidak mahu menzahirkan apa yang masih belum terucap secara terangan.

“Savitri Gaitonde!” ujar Khairi dengan suara manjanya yang sudah lama tidak didengari oleh Savitri. Nama penuh Savitri terpacul darinya. “Kau tahu aku hanya boleh sayang kau sebagai seorang abang kepada seorang adik. Kau adalah bagaikan adik bagi aku sendiri. Kau tahu kan? Walaupun aku seorang heteroseksual sekalipun, hubungan kita berhenti di sini sahaja. Tak lebih dari itu. Dah berapa kali kita bincangkan hal ini? Beberapa kali dah kan?” Khairul menjernihkan keadaan, sebelum ia menjadi lebih kusut. Dia tidak mahu dijerat oleh Savitri. Cukup dengan apa yang sudah diketahuinya, dia tidak akan membiarkan fikirannya dikongkong pula oleh Savitri.

Savitri mengeluh lesu. Pandangan matanya tertancap ke hujung kasut yang dipakainya. Dia segera masuk ke dalam Turbolif yang akan membawa mereka ke tingkat paling bawah. Setelah pintu Turbolif tertutup, ia terus berdesup menjunam ke aras tanah—dan terus ke bawah.

Sudah lama rasamya Savitri menaruh harapan kepada Khairul. Ia bagai tidak dapat diselindung lagi. Bunga-bunga kasih bagai menanti musim untuk berkembang. Tetapi ia tidak bersambut. Dia tidak pernah putus asa, kesal jauh sekali. Dia suka melihat mata Khairul yang dirasanya penuh dengan kisah duka yang langsung mencantikkan lagi wajahnya yang nampak keras itu. Matanya yang seakan-akan kuyu itu, lebih bermakna jika disulam dengan senyuman manisnya. Kadangkala, mata Savitri langsung tidak dapat bercerai dari melihat tubuh Khairul yang mantap itu. Dia suka segala-galanya yang ada pada diri Khairul. Baginya, Khairul adalah lelaki yang diidami selama ini. Lelaki yang miliki segalanya, dari tubuh badan yang sempurna kepada tingkah laku yang beradab. Ini mencairkan perasaan gadis mana jua pun.

Dia mungkin telah jatuh hati kepada Khairul sejak kali pertama dia bertentang mata dengannya sepuluh tahun yang lepas. Pada ketika itu dia besama dengan keluarganya baru sahaja tiba di Krisna II. Mereka sekeluarga merupakan pelarian perang dari Planet Bihar19 yang telah bertelagah dengan pihak Perbadanan Bumi kerana ia mahukan kemerdekaan darinya.

Seakan-akan sudah kalah di dalam perdebatan pendek itu, Savitri cuba memihak kepada Khairul, “Kenapa abang tidak lakukan gene-theraphy untuk mengubah seksualiti abang tu? Proses ini saya dengar hanya akan mengambil masa seminggu. Di dalam masa seminggu abang pasti akan suka kepada gadis-gadis seperti saya. Dah ramai lelaki mencubanya, ada juga wanita melalui proses yang sama.” Ujar Savitri. Dia sedar bahawa dirinya agak cantik dan pada satu hari akan menjadi seorang wanita yang jelita—idaman setiap jejaka. Dia tahu bahawa buat masa ini, ramai jejaka yang mahu menjadikannya teman pasangan istimewa mereka. Tetapi dia bagai tidak menghiraukan itu semua. Semuanya kerana perasaan tertarik yang kian menebal kepada Khairul.


Download 0,96 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   24




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©hozir.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling

kiriting | ro'yxatdan o'tish
    Bosh sahifa
юртда тантана
Боғда битган
Бугун юртда
Эшитганлар жилманглар
Эшитмадим деманглар
битган бодомлар
Yangiariq tumani
qitish marakazi
Raqamli texnologiyalar
ilishida muhokamadan
tasdiqqa tavsiya
tavsiya etilgan
iqtisodiyot kafedrasi
steiermarkischen landesregierung
asarlaringizni yuboring
o'zingizning asarlaringizni
Iltimos faqat
faqat o'zingizning
steierm rkischen
landesregierung fachabteilung
rkischen landesregierung
hamshira loyihasi
loyihasi mavsum
faolyatining oqibatlari
asosiy adabiyotlar
fakulteti ahborot
ahborot havfsizligi
havfsizligi kafedrasi
fanidan bo’yicha
fakulteti iqtisodiyot
boshqaruv fakulteti
chiqarishda boshqaruv
ishlab chiqarishda
iqtisodiyot fakultet
multiservis tarmoqlari
fanidan asosiy
Uzbek fanidan
mavzulari potok
asosidagi multiservis
'aliyyil a'ziym
billahil 'aliyyil
illaa billahil
quvvata illaa
falah' deganida
Kompyuter savodxonligi
bo’yicha mustaqil
'alal falah'
Hayya 'alal
'alas soloh
Hayya 'alas
mavsum boyicha


yuklab olish