Dresanala II: Baladewa-x



Download 0,96 Mb.
bet14/24
Sana22.06.2017
Hajmi0,96 Mb.
#12194
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   ...   24

Nani mendengar sambil lewa, kerana dia lebih tahu akan sejarah kematiannya.

“Kau juga yang telah membunuhku dahulu, bukan?” Nani bercekak pinggang, tetapi dia masih dapat tersenyum manis. Sesekali ulas-ulas bibirnya dijuihkan, dia nampak manja pabila berbuat sedemikian. Dia tahu, Wiranto cuma berjenaka kecil sambil mengusik.

“Aku hanya menjalankan tugasku sebagai seorang Warok. Kau tahu kan?” Jelas Wiranto. Dia berkata perlahan, tidak pasti kalau ada nada-nada kesal berbaur dalam kata-katanya tadi. Dia masih ingat saat dia membenamkan mata keris berkali-kali ke dada Nani. Tidak kurang dari empat kali tusukan ke dadanya, sebelum Nani terkulai tanpa nafas, dadanya berhenti berombak. Matanya terkunci rapat, seolah ingin menutupi kisah sedih itu.

“Ini arca Senopati Khairul.” Jari Dimas menuding ke arah sebuah arca di antara berpuluh-puluh arca yang ada menghiasi dewan tersebut. Suaranya tawar. Tiada perasaan yang sahih apabila dia melihat arca itu. Dia terus membaca tulisan di bawah arca tersebut yang jelas mempuisikan kegagahan serta karisma Khairul sebagai seorang pahlawan agung dari Empayar Dresanala.

“Benar, Pangeran.” Nani menganggukkan kepalanya. Matanya tepat kepada arca Khairul yang tersergam di hadapannya.

“Dia seorang Udawa?” Tanya Dimas yang tidak mengerti erti sebenar perkataan yang disebutkannya tadi.

“Senopati Khairul adalah di antara tiga orang sahaja yang pernah dianugerahi dengan panggilan Udawa ini. Mereka yang telah dikurniakan anugerah Udawa ini adalah mereka yang telah menunjukkan ketaatan kepada Maharaja dan telah banyak berkorban demi Empayar kita ini.”

“Bagaimana pula dengan arca di sana?” Tanya Dimas sambil berpaling ke arah Wiranto. Dimas dapat melihat Wiranto tertunduk. Wajahnya berubah sedikit. Dimas masih menanti jawapan.

“Arca-arca yang ada di sini bukan sahaja mengingatkan kita kepada mereka yang telah berkhidmat dengan cemerlang demi Empayar Dresanala seperti Senopati Khairul, tetapi kepada mereka yang telah cuba memusnahkannya juga. Arca-arca yang Pangeran maksudkan tadi adalah merupakan arca-arca ‘10 Durjana’. Arca-arca ini mengingatkan kita kepada pengkhianat-pengkhianat Empayar Dresanala. Itulah mereka.” Nani memberanikan diri mengatur kata dengan panjang lebar, demi memuaskan hati si Dimas.

“Arca Wiranto ada di sana.” Kata Nani dengan nada cukup puas. Dia berpaling ke arah Wiranto seolah-olah sengaja menunggu Wiranto menjelaskan kepada Dimas mengapa dirinya dianggap sebagai pengkhianat empayar ini.

“Saya telah dianiaya…” Anak tekak Wiranto bergerak-gerak. Suaranya cukup perlahan dan hampir-hampir sukar untuk didengar.

Waranto memandang ke arah Dimas dengan wajah serba-salah.

“Ya, pastinya itu yang telah berlaku. Sampai bila-bila pun kau akan dianggap sebagai pengkhinat!” ucap Nani dengan nada mengejek. “Beritahulah kepada Pangiran apa yang berlaku kepada kau bila kau ditangkap—“

“Senopati Khairul cukup baik untuk membunuhku sehingga mati dengan tangannya sendiri dari melihatku diseksa dengan perlahan. Sampai bila-bilapun aku tidak akan melupakan jasa-jasanya kepadaku.” Kata Wiranto terus kepada Nani. Matanya nampak keras dengan kemarahan yang terkawal. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu peristiwa ini diungkit-ungkit lagi oleh sesiapa.

“Ya, kami semua tahu kau gemblaknya yang tersayang!” tajam benar kata-kata Nani. “Jika tidak, masakan dia tidak membunuhmu keris Gayaman Pakubuwononya!”

Nani kini menjalin langkah mengiringi Dimas ke bahagian paling hadapan Dewan Seworenggo. Bahagian tersebut nampak malap, samar. Walaupun begitu dia telah menyuruh Dimas sujud di hadapan apa yang kelihatan seperti sebuah takhta. Dimas menurut sahaja.

“Jadi… ini dia cucunda beta?” Tanya suara agak garau yang kedengaran dari dalam gelap yang pekat itu.

Dimas menarik nafasnya dalam-dalam. Keadaan terlalu muram dan gelap. Wajah maharaja masih dijilat bayang-bayang gelap.

“Ya, gusti.” Jawab Nani perlahan dan tertunduk.

“Rupanya seiras ayahandanya. Beta hampir-hampir berfikir mereka adalah klon.” Ujar Hamengkubuwono cuba berseloroh. Dia terbatuk-batuk, seolah menahan sakit.

“Rupanya ada seakan-akan bondanya juga.” Sebut Embok Ayu Candra Kirana, adik perempuan tunggal Cacuk. Kelibatnya yang sejak tadi tersembunyi di dalam gelap kini menjelma. Kini dia boleh dilihat oleh semua yang ada.

Justeru itu, Dimas mendongak untuk memandang nenda dan bonda saudaranya. Dia mendapati nendanya itu sedang memakai jubah serba merah Diraja bersama topeng Tirthankaras. Bonda saudaranya pula memakai jubah serba hitam; sah ia sebagai simbol berkabung sempena kemangkatan kakandanya.

Sebelum ini, dia telah diberi faham oleh Nani bahawa tiada seorang pun manusia biasa yang dibenarkan untuk memandang wajah maharaja Dresanala. Sejak hari pertama seorang maharaja Dresanala ditabalkan, dia dimestikan untuk memakai topeng Tirthankaras itu. Ia bersifat simbolik untuk membezakan kedudukan seorang maharaja dengan manusia-manusia biasa atau orang kebanyakan.

“Mari ke sini. Mari rapat kepada beta!” Ujar Hamengkubuwono dengan suara sintetiknya. Dengan ragu-ragu Dimas memandang ke arah Wiranto. Dia disirami kegusaran dengan tiba-tiba. Dia dapat melihat Wiranto mengangguk dengan perlahan, seolah-olah memintanya supaya mengikut perintah maharaja.

Anggukan Wiranto mencairkan serba-sedikit kebimbangannya.

Di dalam gelap, Dimas menghampiri nendanya. Dia mengatur langkah kakinya ke arah suara yang didengarnya tadi. Tatkala dia bergerak semakin hampir kepada nendanya, dia dapati nendanya diiringi oleh beberapa orang Warok pengiring. Mereka seolah-olah di dalam keadaan sedia, seperti ingin menyerang, kerana tombak mereka sudah sedia terhunus ke depan. Hamengkubuwono memberi isyarat tangan supaya pengawal-pengawalnya berundur ke belakang barang sekaki-dua dan membenarkan Dimas untuk menghampiri dirinya.

“Beta ingin melihat cucunda beta dengan lebih dekat. Dengan itu juga, beta ingin membuka topeng beta ini!” kata Hemengkubuwono memberitahu mereka yang ada di dalam dewan. Sebentar lagi, sesuatu yang istimewa akan berlaku. Dimas seakan-akan faham akan semua ini.

Tanpa perlu diperintah, kesemua mereka yang hadir di dalam dewan itu berpusing ke belakang dan berpaling muka ke arah lain untuk mengelakkan diri mereka dari melihat rupa maharaja mereka, kecuali Candra. Ada pula yang tunduk senyap sambil membelakangi maharaja, memakukan pandangan mata ke lantai dewan.

Dimas ragu-ragu; sama ada dia mahu berpaling sama dan tunduk ke lantai, atau terus melihat ke arah nendanya itu. Dari apa yang dapat dibaca dari raut wajah Candra, dia tahu bonda saudaranya itu mahu dia berjalan perlahan, mendekati nendanya.

Kini topeng Tirthankaras yang dipakainya dibuka. Dimas terkejut sedikit tatkala mendapati wajah nendanya berlumuran dengan darah. Titisan-titisan darah pekat itu menjilat sebahagian permukaan muka nendanya yang agak usang. Sebahagian lain pula, nampak pucat, mungkin kerana sudah lama diselubungi. Candra cepat-cepat mengelap peluh darah yang mengalir di wajah ayahandanya itu. Dia tidak berasa jelik atau asing dalam melakukannya.
Hamengkubuwono berpeluh darah setelah dia diracun satu ketika dulu. Dia pasti bahawa masa-masa akhirnya akan tiba tidak lama lagi. Perasaan itu tidak asing lagi kepadanya. Semua dapat menyaksikannya. Tiada apa diselindunginya. Dia berada dalam keadaan gering. Sangat gering.
“Beta harap hidupmu takkan berakhir seperti bapamu dan diri beta ini.” Jelas Hamengkubuwono dengan suara yang terketar-ketar menahan sakit. Tangannya dirapatkan ke dadanya sambil mengumpul tenaga untuk terus berbicara; “Kamu bakal ditabalkan sebagai Raja Muda Dresanala. Percayalah, ada orang yang akan sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kedudukan ini. Kamu harus berhati-hati. Jangan mudah mempercayai sesiapa dengan membuta tuli, kaji setiap tindakan. Pastikan siapa lawan, siapa kawan!” Pesan Hamengkubuwono. Dia berhenti, tertunduk menghela nafas panjang.

Dimas hanya mampu menganggukkan kepala dengan perlahan. Dia seakan faham maksud yang ingin disampaikan. Dia tidak rela untuk membiarkan nendanya menyusun kata lagi, terlalu pedih nampaknya. Beberapa detik kemudian Candra menasihati ayahandanya agar mengenakan semula topeng itu, kerana seorang maharaja tidak sempurna kalau dilihat tanpa topeng itu.

Dengan itu juga, Dimas menyaksikan nendanya menyatukan topeng itu ke mukanya semula.

“Kamu akan ke kota kelahiran bapamu di Surakarta Baru untuk upacara Garebeg. Upacara ini perlu dilaksanakan untuk mengingati kepergian ayahandamu.” Ujar Hamengkubuwono kepada Dimas. Beliau sendiri tidak dapat pergi ke kota Surakarta Baru kerana seorang maharaja sepertinya tidak dibenarkan keluar dari kawasan Kraton Pakubuwono Hadiningrat. Itu bukanlah perundangan baru.

Dimas mengangguk mengerti. Hamengkubuwono memberi isyarat tangan, lantas Candra mengatur langkah untuk menghilangkan diri dalam kegelapan—menuju ke bahagian belakang persada persemayaman Diraja. Dia muncul semula selang beberapa ketika, membawa sebilah keris di atas sebuah bantal merah. Semua yang ada berpandangan. Dimas berperang dengan fikirannya sendiri; apa yang akan berlaku selepas ini. Siapa pula yang akan dikurniai keris itu…

Dengan suara yang hampir hilang, Hamengkubuwono meminta Dimas supaya mengambil keris Pasopati yang telah dipersembahkan oleh Candra. Hamengkubuwono terus berkata:

“Dengan keris Pasopati ini kamu kutabalkan sebagai Raja Muda Empayar Dresanala.”

Kedengaran beberapa keluhan dan kejutan di kalangan pembesar-pembesar yang hadir. Perkara ini adalah satu kejutan bagi mereka, kerana mereka tidak menyangka bahawa Hamengkubuwono akan menamakan penggantinya dengan begitu cepat tanpa mengikut protokol kraton secara lazimnya.

“Dengan adanya keris Pasopati ini, beta harapkan satu hari nanti kamu akan menjadi seorang maharaja yang adil lagi bijaksana; yang terbaik di antara maharaja-maharaja terdahulu.” Dia terhenti menghirup udara. Kemudian menambah lagi, “semoga kamu dianugerahkan ciri-ciri seorang maharaja yang mempunyai kesaktian Pasopati; iaitu kelebihan untuk membaca kemahuan rakyatmu supaya kamu dapat memerintah dengan adil lagi saksama.” Jelas Hamengkubuwono panjang lebar.
Sebaik sahaja kata-katanya berakhir, pembesar-pembesar istana sujud hormat di hadapan Raja Muda mereka yang baru.
Suasana tenang…

Bab 19
“Sistem pemerintahan yang kejam dapat menjamin kestablilan politik dan ekonomi sesebuah empayar.”

-- Maharani Suryosimirat yang Merah.
Mereka selamat tiba di mahkamah tinggi.
“Kita semua mesti berhati-hati.” Kata Khairul kepada Za dan dua orang Laskar yang sedang mengiringnya. Tangan Khairul yang kuat itu memegang cota Holotronnya. Khairul masuk ke dalam bangunan mahkamah tinggi Al-akiti sebagai wakil pemerhati dari Empayar Dresanala.
Di luar bangunan mahkamah, di sebuah dataran yang agak luas, suasana hingar bingar sambil kedengaran laungan kuat—sebilangan rakyat kota Gufrah sedang berkumpul menunjuk perasaan. Mereka sedang berkumpul untuk mendengar keputusan mahkamah terhadap Timbalan Pengerusi Jaznam Indikala yang dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan mengkhianati Al-akiti dan penduduknya.

“Tempat ini hanya tunggu masa sahaja sebelum keganasan meletus.” Getus Khairul. Dia dapat melihat ramai anggota pengaman Gufrah sedang berkumpul seolah-olah menanti menanti satu rusuhan besar akan berlaku. Mereka kelihatan bengis dengan pakaian berperisai dan tombak panjang yang menanti masa untuk menjilat darah mangsanya.

“Itu yang saya takutkan, tuan.” Sambut Za perlahan. Dia sendiri pernah terlibat secara tidak langsung di dalam sebuah rusuhan besar yang telah berlaku di planetnya sendiri. Ramai di antara kenalannya telah terbunuh di dalam rusuhan tersebut, apabila kerajaan planetnya telah mengambil keputusan untuk membuat beberapa inisiatif untuk bersekutu dengan Empayar Dresanala. Agak ironik rasanya kini bahawa, dia sendiri sedang bertugas dengan sesuatu yang pernah dibenci dan dimusuhinya.

Beberapa buah droid dari agensi-agensi berita Al-akiti terbang melewati mereka. Droid-droid yang berbentuk leper seperti piring terbang kecil itu dilengkapi dengan kamera Holocam dan beberapa peralatan komunikasi canggih untuk melaporkan berita mengenai perbicaraan yang sedang dijalankan sekarang.

“Bukan niat aku untuk memusnahkan beberapa kota penting Ur’dakh.” Bisik Khairul dengan ikhlas kepada Za secara tiba-tiba. Dia berhenti dari terus menapak. Mereka menunggu di sebuah sudut beberapa meter dari kamar mahkamah. “Keputusan ini terpaksa juga aku ambil demi menyelamatnya nyawa berbilion-bilion makhluk yang mungkin akan terkorban.”

“Saya tidak berniat untuk bersikap kurang ajar kepada tuan,” Balas Za dengan nada sedikit terganggu. “Tetapi apa kaitan tuan memusnahkan kuil suci Ondalah dengan tuan ingin menyelamatkan nyawa berbilion-bilion makhluk di galaksi ini?” tanya Za kemudian dengan nada yang sinis pula. Wajah eksoskeletonnya yang tidak berubah itu cukup sukar untuk Khairul meneka jika Za berkeadaan marah ataupun sebaliknya.

“Tentu kau pernah dengar dengan senjata ‘Hawar Pemusnah Dunia’, bukan?”

“Pernah… Senjata ini kami bina demi keamanan sejagat.”

“Itu yang telah diberitahu kepada kau…” Ujar Khairul. Dia sememangnya sedia maklum bahawa agensi propaganda di Ur’dakh adalah secekap seperti yang ada di Dresanala di dalam bidang mencipta sejarah untuk menepati kehendak-kehendak semasa. “Kau tidak semestinya percaya kepada apa yang telah diberitahu kepada kau.”

Terdengar suara-suara aneh dari kotak suara Za. “Jadi apa cerita sebenarnya?”



“Kaum Ur’dakh telah mencipta senjata ini dan pernah menggunakannya lebih 3,500 tahun dahulu. Kaum Ur’dakh telah menggunakannya untuk melawan musuh mereka, kaum Manthalatum. Senjata ini bukan sahaja berjaya memusnahkan hampir 90% penduduk planet Manthalatum, tetapi berbilion-bilion makhluk lain yang tidak berdosa.” Beritahu Khairul.

“Tapi perang tetap perang. Kemusnahan yang berlaku dalam sesuatu perperangan adalah resmi berperang.”

“Itu aku tahu, Za. Kemusnahan tetap akan berlaku di dalam peperangan. Cuma caranya sahaja berbeza.”

“Senjata Hawar Pemusnah Dunia telah membolehkan kami memenangi peperangan dengan kaum Manthalatum—“

“Adakah kau tahu bahawa sistem ekonomi dan tamadun beberapa buah dunia lain yang tidak terlibat telah musnah sama sekali akibat kesan senjata yang membawa penyakit yang membawa maut ini?” Tanya Khairul, memberitahu Za sesuatu yang mungkin telah disembunyikan kepadanya melalui cerita-cerita yang telah diputar belitkan. “Begitu ramai yang telah terkorban pada masa itu sehingga teknologi hyperpacuan di banyak bahagian di sektor Meru telah musnah sama sekali… Malah sektor ini telah di kuarantin sehingga kaum manusia Bumi sendiri pada satu ketika dahulu pernah berfikir bahawa hanya kami sahaja umat yang wujud di dalam alam semesta ini! Kau bayangkanlah!”

“Senjata kami telah terbukti dapat mengamankan sektor Meru… Sehinggalah kaum Bumi melebarkan sayapnya di sektor ini.”

“Tugas aku pada waktu itu hanya untuk memusnahkan senjata ini, itu sahaja. Percayalah. Aku tak mahu nanti apabila ia digunakan, entah berapa trillion makhluk yang tidak berdosa akan mati kerananya.”

Za diam. Dia tidak bersuara. Mungkin dia sedang berfikir. Mungkin jua dia sedang bertafakur.

“Sekurang-kurangnya sekarang saya faham apa yang telah berlaku dari pihak tuan.” Jelas Za sambil mengeluh. Tetapi itu tidak bererti dia akan dapat memaafkan Khairul.

“Aku tidak meminta kau supaya memaafkan aku atau bersimpati dengan keputusan yang telah aku ambil dahulu. Aku cuma mahu kau faham. Itu sahaja.” Jelas Khairul. Persidangan mahkamah sedang berehat, sementara keputusan didengar sebentar nanti.

Khairul dapat melihat kelibat Senator Finik Vadrel di hadapannya. Dia sedang dikerumuni oleh beberapa droid agensi berita dan beberapa wartawan yang ingin menemu ramahnya sebaik sahaja dia keluar dari kamar mahkamah.

Dua orang pengawal peribadi Finik berdiri teguh di hadapannya.

Khairul perlu mendapatkan Finik. Tetapi dia dapat melihat bagaimana sibuk dan tertekan keadaan senator dari Al-akiti itu.

Khairul mendekati Finik. Tetapi belum sempat dia mendapatkannya, beberapa das tembakan dilepaskan dari sebuah droid pemberita.

Beberapa orang yang ada panik lalu bertempiaran lari. Khairul bertindak pantas, lalu menerkam Finik. Dia memintas beberapa orang yang sedang gentar melihat kejadian itu. Beberapa das peluru terkena ke bahagian bahunya.

Za bertindak cepat dengan menembak droid pembunuh itu. Droid bersaiz kecil yang sejak tadi terapung-apung kini terjatuh ke atas lantai.

“Kita harus mencari Jaznam. Mereka mungkin mahu membunuhnya juga!” Jerit Khairul. Tindakannya untuk menyelamatkan Finik tadi adalah satu tindakan yang sia-sia. Peluru dari droid pemberita telah terlebih dahulu menembusi bahagian leher senator itu.

Khairul meletakkan mayat Finik ke atas lantai. Dia tidak mungkin dapat mengumpul segala buktinya yang dicari melalui Finik sekarang ini.

Jaznam kini menjadi orang yang paling penting di dalam penyiasatannya ini, kerana senator itu mempunyai hubungan yang rapat dengan Pengerusi Zahurak. Siasatan awal ada menunjukkan bahawa Jaznam juga telah dihubungi oleh mereka yang menjadi dalang kepada beberapa kejadian pengganas di Dresanala. Dia mungkin tahu siapa yang telah menyalurkan sejumlah besar wang ke dalam akaun kempen pilihan raya parti politiknya, dan ke dalam sebuah akaun rahsia di sebuah bank di Giandee.
Khairul bergerak pantas masuk ke dalam kamar mahkamah. Za dan dua orang Laskar pengiring mengikutnya dari belakang. Keadaan semakin kucar-kacir apabila beberapa das tembakan kedengaran dari dalam kamar mahkamah.

Tatkala di dalam kamar mahkamah, Khairul dapat melihat sebuah droid pemberita sedang berlegar-legar terapung di hadapan Jaznam. Droid pemberita ini tiba-tiba sahaja berubah kepada bentuk sebenarnya, kerana sejak tadi ia telah berselindung di sebalik medan Holocom untuk menyamar dirinya. Ia berubah bentuk kepada sebuah droid pembunuh. Bentuk mekanikalnya kini kelihatan lebih organik. Ia kini mempunyai bentuk seperti seekor kutu mikroskopik yang telah dibesarkan saiznya. Beberapa bahagian pada tubuhnya dilengkapkan dengan pelbagai jenis senjata. Khairul dan Laskar-laskarnya tahu bahawa droid pembunuh ini merupakan teknologi kaum Isbin yang telah dikaji selidik dan digunakan oleh Empayar Dresanala di dalam beberapa kempennya untuk membunuh ahli-ahli politik penting di planet-planet yang mahu dijajah mereka sejak seribu tahun yang lalu.


Beberapa orang pengawal yang sedang mengawal Jaznam telahpun rebah ditembak oleh droid pembunuh. Kini dengan sepantas kilat Za telah menembak salah sebuah droid tersebut.

“Kita harus tinggalkan tempat ini, tuan!” getus Khairul dengan suara yang lantang. Dia berdiri dekat kepada Jaznam yang kelihatan pucat, dalam keadaan terkejut itu. “Mungkin ada lagi percubaan untuk membunuh tuan.”

Khairul menggunakan alat komunikasinya untuk menghubungi beberapa orang Laskar yang sedang menunggunya di luar bangunan mahkamah. Dia menoleh dengan pantas untuk memeriksa bahagian bahunya yang telah tercedera itu. Darah merah yang pekat mengalir mula membasahi bajunya. Dia juga mendapati ada dua bekas tembakan yang langsung tertembus di bahagian bahunya itu.

Laskar-laskar itu yang ada bersama Khairul kini mengeluarkan cota Holotron mereka lantas menghidupkan fungsi perisai. Mereka berdua sedang memegang perisai Holotron yang bersaiz enam kaki tinggi dan tiga kaki lebar. Mereka berdua menempatkan diri mereka betul-betul di hadapan Khairul untuk melindunginya dan Jaznam. Seperti yang dijangkakan, beberapa das tembakan entah dari mana datangnya telah disasarkan ke arah mereka.

“Mereka tak akan berhenti menyerang selagi Jaznam tidak dibunuh mereka!” Khairul memberitahu Za. Jazman menggigil ketakutan menyorok di belakang Khairul. Za tidak menjawab. Dia nampaknya sedang sibuk mengacukan pistol lasernya ke arah beberapa buah droid pembunuh yang kini muncul terapung-apung di hadapan mereka.

Sebuah droid pembunuh kini mengeluarkan cahaya yang aneh. Kedua-dua Laskar yang terlatih itu faham apa yang akan berlaku seterusnya. Mereka kini menyatukan perisai Holotron mereka sehingga ia terbentuk seperti sebuah medan tenaga yang menyelubungi mereka berlima.

Sebuah letupan besar telah berlaku di hadapan mereka. Walaupun mereka terlindung di dalam medan tenaga yang dicipta Holotron, mereka tetap dapat merasakan gegaran serta bahang panas hasil dari letupan tersebut. Beberapa ribu serpihan tajam yang mengandungi racun tersebar luas memenuhi dinding kamar mahkamah.

Beberapa detik kemudian, bahagian tembok bangunan mahkamah yang tua lagi usang itu runtuh menyembah tanah.


Kini sebuah shuttle kecil terapung-apung muncul di hadapan bahagian yang runtuh itu. Pintu shuttle terbuka luas. Di dalamnya tiga orang Laskar sedang berada di dalam keadaan berjaga-jaga untuk memastikan bahawa keadaan di sekeliling mereka terkawal.

Khairul terus membawa Jaznam masuk ke dalam shuttle. Jaznam perlu diselamatkannya terlebih dahulu—dia merasakan bahawa Jaznam mungkin dapat menolongnya di dalam siasatannya!

**
Di dalam kamarnya, Dimas mengenakan baju serba hitamnya yang menurut Wiranto, mempunyai rekaan yang seiras dengan pakaian seorang Warok. Dimas memerhatikan dirinya di hadapan cermin. Dia merasakan yang dia lebih senang berpakaian begini berbanding dengan satu hari nanti di mana dia akan berjubah merah dan memakai topeng di sepanjang hayatnya sebagai seorang maharaja.

Sebagai seorang Raja Muda Dresanala, Dimas juga memegang tampuk pemerintahan tentera di mana dia dikurniakan pangkat turus tertinggi tentera Empayar Dresanala. Taraf barunya ini setanding dengan penampilannya dengan sepersalinan busana seorang Warok.

Sepasang Warok Pengiring masuk ke dalam kamar Dimas diikuti oleh Nani dan Wiranto. Mereka berdua menghampiri Dimas. Wiranto lantas memegang bahu Dimas untuk memberitahu bahawa masanya sudah sampai untuk mereka bertolak ke Surakarta Baru.

Mereka tiba di pelantar berlepas. Candra, ibu saudara Dimas, sudah sedia menanti. Candra terus mendapatkan Wiranto dan terus berbisik perlahan kepadanya. Jelas kelihatan Candra cuba berkata sesuatu, tiada siapa pun mampu mencuri-dengar. Bisikan itu berlalu terlalu pantas. Setelah itu semua tamat, Candra berpaling seraya melemparkan senyuman kepada Dimas.

“Kita akan bertemu di Surakarta Baru, Pangeran.” Ujar Candra dengan penuh hormat kepada Dimas, bagaikan tiada janggal antara mereka.

“Baik, tante. Kita ketemu di sana nanti.” Dimas membalas. Wiranto mengiringi Dimas masuk ke dalam pesawat Diraja Ngelangi-799.

“Tantemu itulah yang telah menghidupkan aku kembali.” Kata Wiranto kepada Dimas. Mata kirinya dikenyit nakal ke arah Nani.

Nani menjuihkan bibirnya dengan nakal. Nani masih mengekalkan sifat-sifat manjanya, walaupun dia banyak mencatatkan lembaran penuh konspirasi di dalam sejarah Empayar Dresanala. Candra sendiri tidak penah mahu menaruh kepercayaannya kepada Nani.

Nani dan Candra melambai ke arah Dimas. Candra berpaling buat beberapa detik ke arah Nani, sebelum dia berjalan kembali memasuki kraton.

Dimas hanya menjeling lesu, lalu masuk ke dalam perut Ngelangi sambil diiringi oleh dua orang Warok Pengawal.

“Mengapa tante Candra mesti menghidupkan abang kembali?” Tanya Dimas. Dia duduk berhadapan dengan Wiranto.

“Kerana… Dia perlukan aku! Masakan dia dapat hadapi semua ini seorang diri.” Jawab Wiranto berterus terang.

“Hadapi apa?”

Wiranto mengeleng-ngelengkan kepala. Dia enggan menjawab soalan Dimas tadi. Dia biarkan soalan itu berlalu sebegitu sahaja.

Ngelangi mendada ke angkasa. Ia bergerak ke arah timur untuk ke Surakarta Baru. Menurut hitungan Wiranto, perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam.

Sudah lebih sejam perjalanan, akan tetapi Wiranto lebih selesa mendiamkan diri. Dimas pula mundar mandir kebosanan. Minuman di tangannya belum habis dihirupnya. Kadang-kala dia akan masuk ke dalam kokpit. Droid juruterbang mengemudi tanpa sedikitpun berinteraksi dengan Dimas—walaupun Dimas cuba berkomunikasi dengannya. Dia nampak gusar. Mungkin perasaan gusarnya berbaur dengan cuak.


Download 0,96 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   ...   24




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©hozir.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling

kiriting | ro'yxatdan o'tish
    Bosh sahifa
юртда тантана
Боғда битган
Бугун юртда
Эшитганлар жилманглар
Эшитмадим деманглар
битган бодомлар
Yangiariq tumani
qitish marakazi
Raqamli texnologiyalar
ilishida muhokamadan
tasdiqqa tavsiya
tavsiya etilgan
iqtisodiyot kafedrasi
steiermarkischen landesregierung
asarlaringizni yuboring
o'zingizning asarlaringizni
Iltimos faqat
faqat o'zingizning
steierm rkischen
landesregierung fachabteilung
rkischen landesregierung
hamshira loyihasi
loyihasi mavsum
faolyatining oqibatlari
asosiy adabiyotlar
fakulteti ahborot
ahborot havfsizligi
havfsizligi kafedrasi
fanidan bo’yicha
fakulteti iqtisodiyot
boshqaruv fakulteti
chiqarishda boshqaruv
ishlab chiqarishda
iqtisodiyot fakultet
multiservis tarmoqlari
fanidan asosiy
Uzbek fanidan
mavzulari potok
asosidagi multiservis
'aliyyil a'ziym
billahil 'aliyyil
illaa billahil
quvvata illaa
falah' deganida
Kompyuter savodxonligi
bo’yicha mustaqil
'alal falah'
Hayya 'alal
'alas soloh
Hayya 'alas
mavsum boyicha


yuklab olish