A150446 universiti kebangsaan malaysia 2014 Kod Kursus



Download 3,31 Mb.
Sana22.06.2017
Hajmi3,31 Mb.
#12182
LAPORAN AKHIR

LMCK 2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

NUR HASANAH BINTI IBRAHIM

A150446

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2014
Kod Kursus : LMCK 2811 Sosial dan Kebertanggungjawaban

Nama : Nur Hasanah binti Ibrahim

No. matrik : A150446

Tahun dan sesi pengajian : Tahun 2 Semester 1 Sesi 2015/2016

Nama aktiviti : Kerja Amal Dan Gotong-Royong 2015

Jawatan disandang : Jawatankuasa Kewangan

Tempat aktiviti : Surau Fakulti Sains dan Teknologi, Surau Fakulti Ekonomi dan

Pengurusan, Surau Tun Sri Lanang


Tempoh aktiviti

Tarikh perlaksanaan projek: 27 November 2015

Tarikh mula merancang : 13 Oktober 2015

Tarikh tamat aktiviti : 27 November 2015

KANDUNGAN
PENGHARGAAN
BAB 1 PENGENALAN

    1. Sinopsis Program

BAB 2 PENGLIBATAN AKTIVITI

2.1 Hasil Pembelajaran

2.2 Strategi Mencapai Hasil Pembelajaran

2.3 Pembuktian Pencapaian Hasil Pembelajaran

2.4 Lampiran


BAB 3 REFLEKSI
BAB 4 KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan laporan ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih kepada Dr. Razalee bin Sidek atas bantuan , bimbingan dan sokongan sepanjang perjumpaan untuk kursus ini. Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan sepasukan kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perancangan untuk kelancaran program kami. Terima kasih juga tidak lupa kepada Pn Sakdiah Hj. Abdul Karim wakil dari Perpustakaan Tun Sri Lanang, saudari Mastura binti Ibrahim selaku Bendahari Exco Kebajikan Modal Insan PMFEP dan saudara Muhammad Nur Azraa bin Nordin selaku Exco Sukan dan Kebudayaan PMFST kerana telah memberikan kami kebenaran untuk menjalankan program ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya peroleh sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pewaris di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini. Secara tidak langsung, saya dapat mengaplikasikan ilmu yang saya peroleh pada masa akan datang, sejajar dengan moto Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu “Guardian of The Nation”. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.



"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

BAB 1 PENGENALAN


    1. Sinopsis Program

Surau merupakan merupakan sebuah tempat suci, bersih dan selesa untuk orang muslim melakukan solat di sana. Maka bagi menyokong hasrat pelajar-pelajar universiti untuk mewujudkan surau yang bersih, dan selesa, Kami pelajar LMCK2811 Sosial dan Kebertanggungjawaban berhasrat untuk membuka langkah bagi membersihkan surau dan dalam masa yang sama memperluaskan jaringan hubungan luar menerusi penganjuran program “Kerja Amal dan Gotong-Royong 2015” yang bertempat di Surau Fakulti Sains dan Teknologi, Surau Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Surau Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Program ini melibatkan sejumlah 10 orang urusetia dan beberapa sukarelawan yang merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini dijangka akan mewujudkan suasana baru kepada para mahasiswa/i di atas perkhidmatan yang akan diberikan oleh kami dan sukarelawan yang bekerjasama untuk menceriakan suasana dan membersihkan surau.

BAB 2 PENGLIBATAN AKTIVITI
2.1 Hasil Pembelajaran

  • Dapat mengenalpasti kesedaran individu tentang peranan sosial dan tanggungjawab mereka kepada diri, keluarga dan masyarakat.

  • Mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i dalam melakukan aktiviti kerja amal dan gotong-royong.

  • Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menangani kepelbagaian masyarakat yang ada di Malaysia.

  • Meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban sehingga menghasilkan perubahan dan impak positif kepada masyarakat setempat.

  • Meningkatkan lagi kemahiran komunikasi. Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan(gerak tubuh, nada suara) dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan dan mampu berinteraksi dengan pihak UKM.

  • Mengurus dan merekodkan data bagi tujuan rujukan dan panduan dalam menjalankan aktiviti. Memastikan bahawa setiap mesyuarat, segala perancangan yang dibuat sebelum dan selepas adalah mengikut pelan asal.

  • Memastikan pelajar mematuhi etika kerja dalam menjalankan tugas masing-masing dan perlulah bersikap professional dalam berurusan dengan seseorang.

  • Membuat perancangan awal dan perancangan sandaran bagi memudahkan pengurusan jangka masa pendek dan panjang.


2.2 Strategi Mencapai Hasil Pembelajaran

  • Merancang satu program yang mampu memberi impak kepada diri dan mahasiswa/I di UKM seperti menceriakan serta membersihkan kawasan sekitar surau untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif kepada masyarakat.

  • Menyediakan bidang tugas jawatankuasa kepada setiap ahli. Memastikan bahawa setiap perancangan yang dilakukan dilaksanakan dengan baik oleh setiap ahli, saling bantu-membantu jika ada masalah dan sentiasa peka dengan keadaan sekelililng.

  • Melalui program ini, mahasiswa/I yang terlibat dalam melaksanakan program ini dapat merapatkan hubungan mereka apabila saling bantu-membantu membersihkan 3 buah surau bersama-sama.

  • Mengadakan perjumpaan bersama dengan wakil-wakil dari Perpustakaan Tun Sri Lanang dan juga dari Persatuan Mahasiswa FST dan FEP bagi menjayakan program ini. Setiap laporan yang berkaitan dicatatkan dalam minit mesyuarat.

  • Penyimpanan data-data penting dalam ‘hardcopy’ dan ‘softcopy’ seperti minit mesyuarat, kertas kerja program dan tentatif program. Kerap melakukan mesyuarat dan perbincangan dengan ahli jawatankuasa untuk penambahbaikan.

  • Komitmen ahli jawatankuasa setiap kali mesyuarat atau perjumpaan dilakukan sangat professional dan apabila berurusan dengan pihak atasan, walaupun sangat mengenali beliau, perlulah bersikap profesional.

  • Membuat rujukan dari kekurangan program-program yang sebelum ini pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak dan melakukan pengubahsuaian untuk penambahbaikan. Setiap post perlu melakukan perjumpaan post masing-masing untuk membincangkan gerak kerja dan menyelesaikan sebarang masalah jika ada dan post-mortem program dilakukan selepas habis program berlangsung.


2.3 Pembuktian Pencapaian Hasil Pembelajaran


Gambar 1: Poster untuk mencari peserta




Gambar 2: Antara gambar ketika mesyuarat
KEADAAN SURAU SEBELUM GOTONG-ROYONG









KEADAAN SURAU SEBELUM GOTONG-ROYONG











Gambar 3: Bergambar bersama peserta

Gambar 4: Ahli Jawatankuasa



    1. Lampiran




  • Kertas Kerja

  • Minit Mesyuarat

  • Laporan Aktiviti

  • Laporan Post-mortem

  • Senarai Kehadiran Mesyuarat

  • Senarai Ahli Jawatankuasa (AJK) Projek

BAB 3 REFLEKSI

Secara keseluruhan program ini berjalan lancar dan mendapat sambuatan daripada mahasiswa/I UKM apabila beberapa pelajar mendaftar dengan kami sebagai peserta. Sepanjang kursus ini dijalankan, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu yang baru. Seperti mana kursus ini iaitu Sosial dan Kebertanggungjawaban, saya mempelajari pelbagai ilmu seperti keupayaan untuk berurusan dengan pihak-pihak tertentu dan juga melatih diri untuk lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan bidang tugas yang diberikan oleh ketua kumpulan. Sebagai seorang mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia saya perlulah mempraktikkan ilmu yang saya pelajari untuk masa hadapan. Kita sedia maklum bahawa jika kita ingin mendapat tempat di mana-mana sektor pekerjaan, memiliki “soft skill” sangat penting kerana inilah kreadibiliti yang setiap majikan perlukan. Jika seseorang graduan itu hanyalah memiliki keputusan yang elok tetapi apabila tiba hari untuk ditemuduga, mereka kurang berkeyakinan untuk menonjolkan diri pastinya tidak akan dipilih oleh majikan tersebut. Setiap majikan memerlukan graduan yang mempunyai keyakinan, mempunyai pengalaman serta mampu berfikiran diluar kotak untuk dijadikan pekerja sebagai pemangkin kepada kemajuan sesebuah syarikat.



Apabila saya menghadirkan diri pada perjumpaan pertama, saya merasa sangat beruntung kerana dapat mempelajari sesuatu yang boleh membantu keyakinan diri saya. Bagi mereka yang tidak menghadirkan diri itu sangat-sangat rugi. Mempunyai soft skill yang baik adalah satu anugerah kepada sesiapa pun. Jadi sudah semestinya saya akan menggunakan semua yang diajar dan dipelajari dengan baik pada masa hadapan. Melalui kursus ini saya dapat memupuk kemahiran keupayaan dan kemampuan sosial bersama peserta-peserta dan ahli-ahli dan wujud rasa tanggungjawab untuk melaksanakan program ini apabila sering kali mendengar luahan daripada mahasiswa/I yang menggunakan surau di fakulti masing-masing. Sebagai seorang muslim, kita haruslah menjaga tempat kita beribadat dengan sebaiknya. Saya juga berasa bangga kerana dapat menguruskan program sebegini sebagai jambatan ilmu kepada saya kerana walaupun saya sebagai jawatankuasa kewangan tetapi saya mampu melakukan tugas-tugas selain daripada bidang tugas saya disamping mendapat ganjaran di akhirat. Yang paling penting sekali, respon dari mahasiswa/I yang berpuas hati dengan servis kami dalam program ini dan secara tidak langsung saya sedang menjalankan tanggungjawab saya terhadap masyarakat.
BAB 4 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dengan adanya kursus LMCK 2811 Sosial dan Kebertanggungjawaban, saya dapat membina jati diri dengan lebih baik. Universiti Kebangsaan Malaysia pastinya akan melahirkan graduan yang dipandang tinggi oleh orang luar. Sebagai salah seorang pelajar UKM sudah semestinya saya berbangga kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Saya berharap saya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan baik. Kursus ini sangat baik untuk mendidik pelajar-pelajar agar menjadi seseorang yang tahu akan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat dan tahu untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling dengan apa cara sekali pun. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak UKM, pusat citra dan juga pensyarah yang dihormati Dr. Razalee bin Sedek. Saya berharap semua pihak mampu bekerjasama menjayakan kursus ini dengan baik. Sekian. Terima kasih.
Download 3,31 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©hozir.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling

kiriting | ro'yxatdan o'tish
    Bosh sahifa
юртда тантана
Боғда битган
Бугун юртда
Эшитганлар жилманглар
Эшитмадим деманглар
битган бодомлар
Yangiariq tumani
qitish marakazi
Raqamli texnologiyalar
ilishida muhokamadan
tasdiqqa tavsiya
tavsiya etilgan
iqtisodiyot kafedrasi
steiermarkischen landesregierung
asarlaringizni yuboring
o'zingizning asarlaringizni
Iltimos faqat
faqat o'zingizning
steierm rkischen
landesregierung fachabteilung
rkischen landesregierung
hamshira loyihasi
loyihasi mavsum
faolyatining oqibatlari
asosiy adabiyotlar
fakulteti ahborot
ahborot havfsizligi
havfsizligi kafedrasi
fanidan bo’yicha
fakulteti iqtisodiyot
boshqaruv fakulteti
chiqarishda boshqaruv
ishlab chiqarishda
iqtisodiyot fakultet
multiservis tarmoqlari
fanidan asosiy
Uzbek fanidan
mavzulari potok
asosidagi multiservis
'aliyyil a'ziym
billahil 'aliyyil
illaa billahil
quvvata illaa
falah' deganida
Kompyuter savodxonligi
bo’yicha mustaqil
'alal falah'
Hayya 'alal
'alas soloh
Hayya 'alas
mavsum boyicha


yuklab olish