Assalomu alaikum warohmatullahi wabarakotuh dan selamat sejahtera!
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.
Hajat hati membeli cili,
Singgah sebentar di rumah Pak Abu
Maka berdirinya saya di sini
Untuk tajuk pidato saya “IBU”
IBU
Andalah musim bunga bagiku
Hati saya …jiwa saya
Dunia kebahagianku ….Syurga yang ku nantikan
Ibu – Carilah syurga di bawah tapak kakinya
Doanya adalah harta yang kekal abadi
Dialah keutamaan yang paling agung- Kunci kebahagian
Hadirin yang dihormati
Ibu bertanggungjawab sangat kepada Alloh atas kasih sayangnya. Dia berusaha untuk memberikan anaknya yang terbaik, cahaya hatinya. Ibu sensitif terhadap anak-anak mereka.
Seperti pepatah menyatakan tangan yang menghayun buaian dapat menggoncang dunia. Orang yang berbudi adalah tiang dunia fikiran. Malah orang-orang hebat yang telah mencerahkan dunia dengan akal, kefahaman dan ilmu sentiasa tunduk di hadapan ibu mereka.
Bayi dilahirkan oleh seseorang yang punya imej suci murni iaitu ibu. Imej suci ibu ini setiasa muncul dalam fikiran sesiapapun dalam apa jua keadaan gembira atau sedih. Apabila seseorang kanak-kanak berada dalam kesusahan atau bahaya, seorang ibu tidak teragak-agak mengorbankan dirinya ataupun berubah menjadi seganas singa. Itulah –ibu. Kasih sayangnya bagai laut tak bertepi. Begitu juga bagi seorang anak tiada yang lebih disayanginya melainkan seorang ibu. Ibu tiada galang gantinya. Pengorbanan dan kasih sayang ibu tidak dapat di bayar kerana terlalu tinggi nilainya.
Ibu dapat dikatakan sebagai sekolah pertama yang akan memberikan keteladanan bagi sikap, perilaku dan keperibadian seseorang anak. Hal ini ditegaskan oleh Ummu Syafa Suryani Arfah dalam bukunya “Menjadi Wanita Solehah”. Isi buku tersebut ialah peranan seorang ibu adalah sebagai model pertama bagi watak dan keperibadian seseorang anak. Ia merupakan bayangan yang paling hamper dengan keperibadian anaknya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, jika baiknya ibunya maka akan baik pula anak-anaknya.
Tiada sekolah, tiada universiti boleh menggantikan tempat ibu bapa, kebijaksanaan mereka, kasih sayang dan penjagaan mereka terhadap anak-anak.
Kasih sayang keibuan dipanggil “kebaikan hati”. Dan perkataan “kebaikan hati” dari zaman dahulu adalah “Matahari”. Sebagaimana alam mekar berkat kehangatan matahari, begitu juga anak itu adalah bunga dengan kelembutan keibuan.
Ibu adalah sandaran hati anak bagaikan batu,kegembiraan yang tiada habisnya, bagi setiap anak, sejiwa , bulan di malam hari dan matahari di siang hari.
Jika ada pilihan dan meletakkan ibu saya, saya pasti akan memilih ibu saya.
Anda bersetuju dengan saya?
Bukan sahaja di Uzbekistan maupun di Malaysia, malahan seluruh dunia ibu amat dihargai dan dihormati.
Dari banyak kata yang telah terucap dan dari banyak hal yang telah saya sampaikan kiranya menjadi bermanfaat bagi kita sekalian. Ingatlah ibu adalah permata “Hati kita”. Jagalah ibu selama-lamanya untuk penutup kata dari pidato saya ini. Saya ucapkan terima kasih dan wassalomu alaikum warohmatillahi wabarokatuh”
Sekalian terima kasih.
Do'stlaringiz bilan baham: |