Dresanala II: Baladewa-x



Download 0.96 Mb.
bet8/24
Sana22.06.2017
Hajmi0.96 Mb.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   24

Bumi: Tahun 2492

Hampir kesemua kota-kota besar di Bumi telah berjaya dimusnahkan oleh bala tentera Empayar Dresanala. Dengan kepakaran teknologi yang tidak boleh disangkal lagi dalam membuat pelbagai senjata perang, ditambah lagi dengan kelengkapan bala tentera mereka yang ramai lagi terlatih, tidak mungkin Perbadanan Bumi dapat bertahan lama dalam perperangan ini. Sudah pasti mereka akan menerima tamparan hebat dan pusat pemerintahan mereka di Bumi akan menjadi milik Empayar Dresanala jua akhirnya .

Pihak Perbadanan Bumi tahu bahawa jika Bumi jatuh ke tangan Empayar Dresanala, kesemua kepentingannya juga akan turut jatuh ke tangan Empayar yang angkuh itu.
Sebuah kapal angkasa pejuang Garuda80 dari kelas Senopati yang berbentuk hampir-hampir menyerupai seekor garuda, kini berubah kepada bentuk sebuah robot humanoid.

Tinggi kapal angkasa pejuang ini ketika di dalam bentuk robot boleh mencecah 19 meter. Kapal angkasa pejuang kelas Senopati yang baru mendarat ini mempunyai permukaan badan bewarna merah dan putih. Ia mempunyai rekebentuk istimewa dengan perisai tebal di bahagian badannya dan sepasang kepak tersemat di bahagian belakangnya.

Ia lengkap dengan pelbagai jenis senjata yang pasti menggentarkan siapa jua yang melihatnya. Robot Garuda ini sememangnya nampak gah. Ia perlu kelihatan begitu, kerana juruterbangnya adalah seorang Senopati.

Ia kini sedang berada di sebuah kawasan yang telah dibom hebat dengan torpedo Ion beberapa hari sebelumnya. Juruterbang kapal angkasa pejuang ini telah sedia maklum bahawa dialah yang telah mengarahkan supaya kota ini dimusnahkan sama sekali.

Dia telah diberitahu bahawa kota ini telah dinamakan Putrajaya beberapa ratus tahun yang lampau. Beberapa buah kota besar yang terletak di sekelilingnya juga turut lenyap.

Komputernya tiba-tiba mengeluarkan isyarat tentang adanya tanda-tanda kehidupan di sebalik runtuhan bangunan. Dia mengambil keputusan untuk menyiasat dengan lebih dekat.

Tangan robot Garuda kini mengangkat batu bekas runtuhan dalam usaha mencari hidupan yang masih terperangkap di bawah timbunan batu-batu itu. Juruterbang Garuda melakukan aktiviti ini dengan penuh berhati-hati supaya ia tidak mencederakan mangsa yang masih terperangkap itu.

Sekarang dia dapat melihat salah seorang mangsa yang terselamat dari serangan torpedo Ion di kota ini, yang hanya beberapa hari lepas telah dihuni oleh lebih 3 juta penduduk.

Di depannya, seorang budak lelaki dalam lingkungan 10 tahun. Sungguh jelas, dia nampak lemah serta dalam ketakutan. Terdapat banyak kesan-kesan luka di tubuh yang kecil, dan mukanya nampak kotor dengan kotoran dan debu.

Fitrah Garuda yang tiada belas ihsan, ia terus mengacukan senjata ke arah budak tersebut. Ketakutan budak itu semakin ketara. Dia menggigil dan cuba bersembunyi. Matanya mula berkaca, suaranya tidak terkeluar.

Robot Garuda bertindak menurunkan senjata yang tadi yang diacukan, dan terus mengangkat kanak-kanak tersebut. Tangan Garuda menggenggam kemas tubuh kanak-kanak tersebut, lalu dibawa dekat ke kepalanya. Kokpit Garuda yang terletak di kepala robot tersebut kini terbuka.

“Nama aku Khairul.” Sebut juruterbang Garuda membuka kata. “Aku akan bawa kau keluar dari sini. Tidak ada apa lagi yang ada di sini.”

Budak lelaki itu telah diangkat oleh Khairul masuk ke dalam kokpit. Dia sedia maklum bahawa ibu-bapa budak lelaki itu telah dibunuhnya. Begitu juga dengan nasib yang menimpa berjuta-juta orang manusia lain yang sama-sekali tidak berdosa. Tetapi dia tidak mampu melawan programnya sendiri sebagai seorang Senopati—memusnahkan musuh-musuh Empayar Dresanala.

“Siapa nama kau?” tanya Khairul sebaik sahaja robot Garuda terbang ke udara. Sekarang robot Garuda bertukar kembali kepada bentuk kapal angkasa untuk membelah angkasa.

Budak lelaki itu membisu. Dia menggigil kerana ketakutan, ditambah pula dengan kelaparan.

“Baik… Mulai saat ini, aku akan panggil kau Wira...” Ucap Khairul. Dia memandang dengan lebih dekat kepada budak tersebut sebelum menyambung lagi. “Mungkin nama Wiranto lebih sesuai untuk kau. Nama Wiranto sesuai dipakai di Dresanala nanti.” Kata Khairul. Dia menjeling sekali kepada Wiranto.

“Senopati… Kami telah bersedia untuk memusnahkan Singapura, Taipei dan Osaka.” Ujar suara dari konsul kawalan yang betul-betul berada di hadapannya.

“Musnahkan kesemuanya dan pastikan tiada seorang pun penduduk di kota-kota itu terselamat. Jangan ulangi kesilapan di kota ini!” arahan Khairul nyata tegas. Dia hanya menurut programnya. Jerit hatinya lantang membantah keputusan yang telah diambilnya tadi. Tapi dia sendiri akur, dia tidak boleh melawan programnya sendiri. Itu semua di luar jangkauan kuasanya.

Ekor matanya sesekali mencuri pandang ke arah Wiranto. Didapatinya Wiranto seorang budak lelaki yang sudah menunjukkan tanda bahawa ketika dia dewasa nanti, akan menjadi seorang lelaki yang bukan sahaja tampan malah gagah seperti seorang Warok layaknya.

Lamunannya terhenti, apabila Wiranto telah menyuakan tangan mudanya ke arah Khairul. Matanya menterjemah keinginan seorang budak kecil yang mahu disayangi dan dilindungi. Tanpa berfikir panjang, tangan Wiranto disambut.

Dua tangan itu seakan-akan berjabat dalam satu genggaman erat, yang tak mampu dileraikan.

“Kau tak perlu takut. Aku akan menjaga kau mulai saat ini.” Itulah janji ikhlas Khairul, bukan sahaja kepada Wiranto, tetapi kepada dirinya juga.


Pesawat Garuda dengan kini mula keluar dari atmosfera Bumi. Bintang-bintang di langit berkelipan indah seolah-olah menyambutnya dengan girang.
Wiranto mengangguk lemah. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sudah mula menganggap Khairul sebagai seorang wira yang telah menyelamatkannya. Seorang wira yang memberi terang kepada kegelapannya, dan juga manusia yang bakal menjaganya pada saat itu.

Khairul menoleh memandang ke arah Bumi. Dia dapat melihat keadaan beberapa buah kota besar yang telah musnah dan ledakan bom Ion kepada beberapa buah kota yang sedang dimusnahkan. Dia mengeluh sendiri.

Khairul menoleh kembali ke arah Wiranto. Dia tidur—di dalam pesawat pejuang Garuda kelas Senopati yang kini menuju pantas ke kapal angkasa induk Dasamuka81 D-42. Tidurnya tampak tenang buat kali pertama sejak kota Putrajaya berjaya dimusnahkan dua hari yang terdahulu…

Bab 14
Seorang Pangeran perlu sering diingatkan agar mempunyai tata krama atau budi pekerti yang tinggi. Bahasa yang digunakannya juga harus dari bahasa yang halus (krama inggil) dan bukannya bahasa kasar (ngoko) seperti yang hanya digunakan oleh rakyat jelata.



-- “Latihan Seorang Pangeran Dresanala.” Oleh Bambang Pudjasworo.


Download 0.96 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   24




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©hozir.org 2020
ma'muriyatiga murojaat qiling

    Bosh sahifa
davlat universiteti
ta’lim vazirligi
O’zbekiston respublikasi
maxsus ta’lim
zbekiston respublikasi
o’rta maxsus
davlat pedagogika
axborot texnologiyalari
nomidagi toshkent
pedagogika instituti
texnologiyalari universiteti
navoiy nomidagi
samarqand davlat
guruh talabasi
ta’limi vazirligi
nomidagi samarqand
toshkent axborot
toshkent davlat
haqida tushuncha
Darsning maqsadi
xorazmiy nomidagi
Toshkent davlat
vazirligi toshkent
tashkil etish
Alisher navoiy
Ўзбекистон республикаси
rivojlantirish vazirligi
matematika fakulteti
pedagogika universiteti
таълим вазирлиги
sinflar uchun
Nizomiy nomidagi
tibbiyot akademiyasi
maxsus ta'lim
ta'lim vazirligi
махсус таълим
bilan ishlash
o’rta ta’lim
fanlar fakulteti
Referat mavzu
Navoiy davlat
umumiy o’rta
haqida umumiy
Buxoro davlat
fanining predmeti
fizika matematika
universiteti fizika
malakasini oshirish
kommunikatsiyalarini rivojlantirish
davlat sharqshunoslik
jizzax davlat