Dresanala II: Baladewa-x


Petikan dari jurnal pendeta Ambilobe di Planet Hermoso. Tahun 3916



Download 0.96 Mb.
bet7/24
Sana22.06.2017
Hajmi0.96 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   24
Petikan dari jurnal pendeta Ambilobe di Planet Hermoso. Tahun 3916.
Kini 1674 tahun telah berlalu sejak Yang Terpilih dikenal pasti dan hidupnya telah kami ikuti dan jejaki dari jauh.
Pada tahun 2242, Yang Terpilih menjejakkan kakinya buat pertama kali di Dresanala. Kemudian, selama lima tahun beliau telah meringkuk di dalam kapsul kriogenik. Tahun 2247 telah dikenal pasti sebagai tahun Yang Terpilih telah mati dipancung. Sejurus selepas kepala beliau dipancung, Dewi Savitri yang Ayu lagi Bijaksana telah memastikan supaya isi minda Yang Terpilih dipindah-naik ke dalam sebuah alat ciptaan kaum Isbin. Ini dimungkinkan dengan bantuan doktor Wideh.

Sebelas tahun selepas kematian pertamanya, Yang Terpilih telah dihidupkan kembali di dalam bentuk Holocom. Beliau dihidupkan kembali setelah Adipati Ridwan yang Agung diumumkan hilang dengan begitu sahaja di dalam perjalanannya ke Bumi. Beliau telah berkeadaan begini selama lebih 127 tahun sebelum Ratu Citrawati, dari Dinasti Singasari69 (2262-2531) memutuskan supaya Yang Terpilih dihidupkan semula dalam bentuk seorang manusia.


Tubuh manusia Yang Terpilih telah dibina semula mengikut teknologi kaum Nissime70 yang terkenal dengan pembuatan makhluk berasaskan karbon yang halus ciptaannya. Yang Terpilih, setelah dihidupkan semula di dalam bentuk asalnya, telah diprogramkan untuk menjadi seorang Warok71. Dan seperti makhluk-makhluk ciptaan kaum Nissime, tubuh Yang Terpilih tidak akan tua dimakan usia dan masa. Malah ia boleh dibina semula seberapa kerap yang mungkin, selagi ia diperlukan.
Tahun 2492 – Dinasti Singasari di bawah pimpinan Maharaja Prabu Sugriwa telah mengambil keputusan untuk menyerang Bumi. Ini semata-mata kerana Perbadanan Bumi telah mengambil keputusan untuk menaikkan cukai korporat terhadap Kerajaannya—satu kesilapan yang paling besar yang pernah dilakukan di dalam sejarah Perbadanan Bumi. Mereka telah menaikkan cukai korporat terhadap Empayar Dresanala dengan harapan supaya Empayar tersebut tidak akan menandingi mereka sebagai sebuah organisasi korporat terbesar di dalam sejarah manusia.

Apabila Empayar Dresanala berkeras tidak mahu mengikut permintaan Perbadanan Bumi, sekatan ekonomi telah dipraktikkan supaya Empayar Dresanala tidak boleh berdagang dengan mana-mana koloninya. Empayar Dresanala telah mengisytiharkan perang terhadap Perbadanan Bumi untuk melindungi ekonominya dari terus terjejas.

Pada waktu itulah Yang Terpilih telah diprogramkan sebagai seorang Senopati72. Dia merupakan Senopati pertama Empayar Dresanala dan satu-satunya Senopati yang mewakili Dresanala. Sejak dari pelantikan Yang Terpilih sebagai seorang Senopati, beliau amat digeruni di kalangan musuh-musuh Empayar Dresanala.
Peperangan di antara Kerajaan Singasari dengan Bumi berlarutan selama tiga bulan. Sejarah merakamkan peperangan itu sebagai Peperangan Banyu Suci Perwitosari73. Di dalam tempoh tiga bulan itu, beberapa kota-kota besar di Bumi telah dimusnahkan oleh bala tentera Kerajaan Singasari.
Setelah peperangan itu berakhir, maka Perbadanan Bumi pun berjaya ditewaskan. Empayar Dresanala telah mengambil alih segala kepentingan Perbadanan Bumi termasuk koloni-koloni di bawah naungannya.
Semenjak peristiwa itu, Empayar Dresanala telah menetapkan supaya falsafah (kejawen) Bhinneka Tunggal Ika74 diguna pakai dalam pemerintahan Order Baru ini. Di dalam pemerintahan Empayar Dresanala, kesemua koloni-koloni di bawah naungannya diwajibkan supaya menggunakan satu bahasa dan satu sistem pemerintahan berpusat. Bahasa Melayu Nusantara dan tulisan Jawa telah dipilih sebagai bahasa dan tulisan rasmi Empayar Dresanala.

Yang Terpilih mempunyai peranan yang besar di dalam polisi perluasan kuasa Dinasti Kartosuro (2531-2875). Sebagai seorang Senopati, Yang Terpilih telah banyak berjuang dalam memastikan Empayar Dresanala dapat menakluki beberapa buah dunia di sektor Meru. Selama 412 tahun Dinasti Kartosuro mengamalkan polisi ini, sebanyak 210 buah dunia telah berjaya ditaklukinya. Dengan segala kekayaannya yang terkumpul dari dunia-dunia di bawah takluknya, ia mula dikenali sebagai empayar yang paling berkuasa di sektor Meru75.


Walaupun tiada rekod-rekod rasmi tentang kehidupan Yang Terpilih, ramai yang menyatakan bahawa Yang Terpilih telah mati. Yang Terpilih juga dipercayai telah dihidupkan semula sebanyak 17 kali. Dengan teknologi yang telah dicedok oleh kaum Nessime, Yang Terpilih, seperti pendekar-pendekar Empayar Dresanala yang terbaik, telah dihidupkan semula berkali-kali supaya kekuatan dan kebijaksanaan mereka dapat terus dieksploitasi.
Pada tahun 3992, Yang Terpilih bersama Raja Muda Empayar Dresanala, Pangeran Cacuk Sudwikatmono IV dari Dinasti Surokarto (3543- ?) telah menghilangkan diri setelah mereka dikatakan sedang menjelajah di sektor Meru Wilayah II. Sehingga kini, pihak berkuasa dari Empayar Dresanala masih tidak dapat memastikan jika Pangeran Cacuk Sudwikatmono IV masih hidup ataupun telah terkubur. Ada pihak membuat spekulasi yang mengatakan bahawa beliau telah melarikan diri kerana ingin mengahwini seorang wanita yang bukan dari pilihan baginda Maharaja Hamengkubuwono X. Ada juga mengatakan bahawa Pangeran Cacuk telah disingkir dari Dresanala kerana penglibatan secara dengan kumpulan pengganas Tonamon76.
Walau apa pun yang telah berlaku kepada Pangeran Cacuk, pihak biara Ambilobe pasti bahawa Yang Terpilih masih hidup lagi sehingga ke hari ini.
**
Wiranto memindahkan sejumlah kredit yang agak banyak kepada agen dari Kumpulan Perisikan Lonthra77. Agen berbangsa Boonkuan itu telah membetulkan saluran pernafasan gas Karbon Monoksida di rongga hidungnya. Wajahnya yang bujur serta bermata besar itu nampak puas dengan apa yang telah dilaksanakannya. Dia menyerahkan jurnal yang telah dicurinya dari biara Ambilobe di Hermoso kepada Wiranto.

“Jadi apa lagi yang telah kau pelajari dari mereka?” tanya Wiranto kepada agen berbangsa Boonkuan yang bernama Daarmi itu.

“Mereka tahu di mana Khairul berada sekarang. Semuanya ada tertulis di dalam jurnal.” Jelas Daarmi. Beliau adalah agen yang terbaik untuk kerja perisikan ini, memandangkan bangsanya mempunyai kekebalan dari kuasa psikik orang-orang Hermoso.

Daarmi memandang terus kepada Wiranto. Dia mengamati wajah Wiranto yang bengis itu. Dia mendapati Wiranto mempunyai sejemput janggut pendek yang menumpulkan dagunya. Misainya lebat, lalu tumbuh bersambung sehingga ke janggutnya. Pipinya kasar dengan bulu-bulu tajam yang baru mahu tumbuh, langsung menampakkan sifat anak jantannya. Sepasang bulu kening yang tebal menghiasi matanya yang tajam itu. Dia sering diberitahu bahawa kaum manusia menganggap wajah yang dipunyai oleh Wiranto adalah seraut wajah yang boleh dianggap kacak dan menarik oleh mereka.

Daarmi merenung ke dalam mata Wiranto yang menyala dengan kemarahan yang sukar difahaminya. Mungkin banyak rahsia yang diperamnya terus di dalam hati.

“Aku telah cuba mencarinya... Lebih sembilan tahun telah aku habiskan dalam pencarian ini… Habis seluruh pelosok sektor Meru dan sektor Rahwana aku jelajahi. Dan jawapannya ada pada pendeta-pendeta gila dari Hermoso itu?” Getus Wiranto. Dia mengusap misainya yang agak tebal itu. “Sepatutnya aku telah pergi menemui mereka dari dulu!”

“Mereka telah mengikuti jejak Senopatimu itu sejak dari mula lagi.” Mata Daarmi yang besar itu tidak berkelip langsung.

“Jadi di mana dia bersembunyi sekarang?”

“Di Planet Deutah, di sektor Rahwana Wilayah VII.”

“Aku tak pernah mendengar nama tempat tu.” Suaranya tajam penuh sindiran. Masakan tidak, banyak kali dia berulang-alik ke sektor Rahwana untuk mencari Khairul—di beberapa buah planet di sana, tetapi pencariannya sia-sia belaka.

“Tidak ramai makhluk Bumi sepertimu yang pernah Deutah. Mungkin sebab itulah mereka telah memilih planet itu sebagai tempat selamat untuk bersembunyi.”

“Kau pasti maklumat ini sahih?” tanya Wiranto sambil mencari wajahnya.

“Pendeta Hermoso tidak pernah berkata bohong. Lagipun, kau tidak dapat bayangkan berapa orang pendeta Hermoso yang terpaksa aku bunuh untuk mendapatkan maklumat ini.” Daarmi meraba-raba saluran pernafasannya lagi. Dia seolah-olah tidak sabar untuk pulang ke kapal angkasanya untuk membolehkan dia bernafas seperti biasa di sana.

Wiranto menjeling. Dia meneguk minuman shagon yang telah disediakan kepadanya oleh seorang pelayan dari restoran yang terletak di Planet bergas Tivaagh78 itu. Dia sempat bertanyakan kepada Daarmi jika dia mahu minum sekali, tetapi Daarmi menolak pelawaannya.

Minuman shagon yang sedang diminum Wiranto itu terkenal kerana ia mengandungi cebisan-cebisan rempah naralos79 yang hanya boleh didapati jauh di dalam lombong-lombong rempah di Planet Quexena. Minuman ini tidak memabukkan, tetapi ia mampu membuatkan mereka yang meminumnya mengalami ketenangan dan rasa kegembiraan yang luar biasa.

Pandangan Wiranto dilontar keluar tingkap untuk melihat panorama puting-beliung gas Tivaagh yang sedang terbakar di hadapannya. Sungguh indah pemandangan itu. Matanya kerap kali terpaku kepada vorteks puting-beliung yang sedang marak terbakar itu.

Restoran ini terletak di dalam sebuah kota terapung yang membentuk seolah-olah cincin raksasa, mengelilingi kejadian indah di tengah-tengahnya. Kota ini terapung-apung di tengah-tengah sebuah fenomena alam yang tidak pernah gagal untuk menarik perhatian pelancong-pelancong yang ingin menghabiskan masa berbulan madu di sini.

“Bagi pihak Kumpulan Perisikan Lonthra, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Empayar Dresanala kerana sekali lagi telah menggunakan khidmat kami. Ucap Daarmi dengan suara yang garau, tapi jelas menterjemahkan kebosanannya. “Jika ada lagi tugas yang kau ingin kami lakukan, kau tahu bagaimana nak mencari kami!”

Wiranto membatu. Dia tidak menjawab walau sepatah mahupun melempar pandangan ke arah Daarmi. Jari-jari jantannya bermain dengan hujung rambutnya yang ikal itu. Diusapnya rambutnya ke belakang. Matanya dikelipkan berkali-kali apabila minuman shagon yang terkandung cebisan-cebisan rempah naralos itu mula meresap ke dalam tubuhnya. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Tindak-balas rempah naralos mula membuatnya rasa tenang.

Wiranto memandang kepada pasangan Spidel yang sedang hangat dilamun cinta. Makhluk dari spesies serangga itu telah mencantumkan sesungut mereka sebelum mereka ketawa kecil di meja mereka. Apabila dia menoleh ke arah Daarmi, Daarmi sudah lesap entah ke mana.

Wiranto termenung jauh memikirkan tentang Khairul. Dia menarik nafas dalam, lalu dia mengeluh lesu. Tetapi tiada siapa yang mendengar keluhannya itu.

Setelah begitu lama dia mencari Khairul, kini pencariannya semakin hampir ke penghujungnya.

**


Download 0.96 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   24




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©hozir.org 2020
ma'muriyatiga murojaat qiling

    Bosh sahifa
davlat universiteti
ta’lim vazirligi
O’zbekiston respublikasi
maxsus ta’lim
zbekiston respublikasi
o’rta maxsus
davlat pedagogika
axborot texnologiyalari
nomidagi toshkent
pedagogika instituti
texnologiyalari universiteti
navoiy nomidagi
samarqand davlat
guruh talabasi
ta’limi vazirligi
nomidagi samarqand
toshkent axborot
toshkent davlat
haqida tushuncha
Darsning maqsadi
xorazmiy nomidagi
Toshkent davlat
vazirligi toshkent
tashkil etish
Alisher navoiy
Ўзбекистон республикаси
rivojlantirish vazirligi
matematika fakulteti
pedagogika universiteti
таълим вазирлиги
sinflar uchun
Nizomiy nomidagi
tibbiyot akademiyasi
maxsus ta'lim
ta'lim vazirligi
махсус таълим
bilan ishlash
o’rta ta’lim
fanlar fakulteti
Referat mavzu
Navoiy davlat
umumiy o’rta
haqida umumiy
Buxoro davlat
fanining predmeti
fizika matematika
universiteti fizika
malakasini oshirish
kommunikatsiyalarini rivojlantirish
davlat sharqshunoslik
jizzax davlat